PENGENALAN
Impian Therapy Centre merupakan sebuah pusat terapi yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan menawarkan khidmat penilaian psikologi, psikoterapi, kaunseling, terapi cara kerja dan terapi pertuturan untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Selain itu, pusat ini turut menyediakan program intervensi awal (EIP) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 8:30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 3 hingga 6 tahun dan 2 sehingga 6 petang bagi yang berumur 6 tahun ke atas.
MOTO
Your Child's Future Begins Here
VISI DAN MISI
Visi Kami
Menawarkan program intervensi awal untuk merangsang perkembangan yang baik termasuk perkembangan fizikal, sosial, emosi, pertuturan dan kognitif untuk masa depan kanak-kanak.
VISI DAN MISI
Misi Kami
- Menggalakkan keupayaan berdikari kepada kanak-kanak di dalam kehidupan seharian mereka.
- Menyediakan latihan pra akademik untuk persediaan kepada pembelajaran yang lebih baik.
- Menggalakkan interaksi sosial dan komunikasi yang lebih baik.
- Memberi konsultasi dan tunjuk ajar kepada para penjaga untuk meneruskan program terapi dirumah untuk hasil yang lebih cepat dan baik.