1. Program Intervensi Awal (EIP)
Salah satu servis utama ITC yang akan dijalankan selama 4 jam secara berkumpulan atau individu bagi memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan fizikal, sensori, kognitif dan sosial.
Tenaga pengajar di ITC untuk program EIP ini terdiri daripada occupational therapist dan speech therapist.
Ratio therapist dan pelajar : 1:3
Program EIP yang kami jalankan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 2 tahun hingga 12 tahun.
Siapa yang digalakkan untuk EIP?
-
Kanak-kanak yang mempunyai isu kelewatan perkembangan dari segi pertuturan, tingkah-laku dan pembelajaran.
-
Kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan orang lain untuk berdikari di dalam kehidupan seharian.
Sesi Terapi (Isnin - Jumaat)
-
Slot 1 : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
-
Slot 2 (6 tahun ke atas) : 2 - 6 petang
Yuran
-
Yuran Tahunan : RM 500
-
Yuran Bulanan :
-
RM 1,500 (5 hari / minggu)
- RM 1,350 (3 hari / minggu)
-
RM 1,200 (2 hari / minggu)
-
-
Baju : RM 20
- 3 Hari Percubaan : RM 100 sehari
*Perubahan harga yuran tertakluk pada kos semasa
Pembayaran untuk kali pertama akan termasuk yuran pendaftaran, yuran bulanan EIP dan baju. Untuk bulan
seterusnya hanya perlu membayar yuran bulanan EIP sahaja.
2. Occupational Therapy (OT)
Saringan Awal = RM 200
-
Percuma flashcard aktiviti mengikut umur perkembangan anak
Individual Session = RM 140 / 1 jam
-
Program ini membantu merangsang perkembangan fizikal, sosial, emosi, pertuturan dan kognitif untuk berdikari dalam kehidupan seharian.
-
Program ini khas bagi kanak-kanak yang memerlukan terapi secara individu.
-
Penilaian awal (initial assessment) akan dijalankan bagi menentukan intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut.
-
Sesi terapi : 1 jam per sesi
-
Masa : bergantung kepada temujanji bersama terapis.
-
Pakej sesi individu : RM 950 untuk 7 sesi dalam masa 2 bulan / 1 bulan.
- Bayaran pertama RM550 (pada sesi pertama)
- Bayaran kedua RM400( pada sesi ke empat)
3. Speech Therapy
-
Sesi penilaian : RM170 / Jam
-
Setiap kanak-kanak perlu menjalani penilaian awal (initial assessment) bagi menentukan intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut samada sudah bersedia untuk menjalani sesi terapi pertuturan atau perlu menjalani sesi bersama OT terlebih dahulu.
-
Sesi Terapi Berpakej: RM 850 (5 sesi terapi individu + 1 sesi telerehabilitasi*)
* Telerehabilitasi: Sesi terapi yang dijalankan secara dalam talian untuk membantu ibu bapa
dalam mengaplikasi strategi yang lebih berkesan di rumah
**Anda diminta untuk membuat temu janji bersama terapis terlebih dahulu.
4. Reading Class
-
Yuran (Sesi Individu) : RM 80 / sesi
PERKHIDMATAN LAIN
-
Penilaian / Diagnosis oleh Clinical Psychologist : RM250
-
Pengesahan kad OKU oleh Pakar Psikiatri Dr. Zul Azlin : RM100
-
Laporan penilaian Program EIP setiap 6 bulan oleh Clinical Psychologist : RM200